X
Ibrahim menunjukan blok menempatkan wad ICU yang terbakar, kelmarin. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Ibrahim menunjukan blok menempatkan wad ICU yang terbakar, kelmarin. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesahkan berlaku litar pintas pada satu daripada soket di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 15 Oktober lalu, 10 hari sebelum insiden wad itu terbakar, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar berkata, benar berlaku kebakaran kecil disebabkan litar pintas pada 15 Oktober lalu di ICU sama membabitkan satu soket dalam wad berkenaan.

"Apabila pasukan bomba tiba, api sudah dipadamkan dan kita sudah membuat penilaian semula dan melihat keadaan api apabila tiada api lagi, kita putuskan ia selamat.

"Kita sudah pun memaklumkan supaya pihak hospital merujuk Bahagian Kejuruteraan hospital untuk tindakan selanjutnya kerana ia di luar bidang kuasa bomba," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebakaran di bangunan induk HSA di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas kejadian 15 Oktober lalu, pihaknya sudah memberi pandangan kepada pihak hospital untuk mengambil tindakan susulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 1:50 PM