Mohd Hasbi Sidek


Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai barang seludup yang dianggarkan bernilai RM155.19 juta sepanjang 2016.

Rampasan berkenaan membabitkan 5,612 kes penyeludupan dengan nilai cukai sebanyak RM542.10juta.

Ketua Pengarahnya Datuk Sri Khazali Ahmad berkata, rokok mencatatkan rampasan paling terbesar dengan nilai RM72.46juta.

"Ia diikuti dengan rampasan dadah iaitu sebanyak 41 kes dengan nilai rampasan RM70.74juta.

"Kami akan meneruskan pelbagai operasi untuk mencegah isu penyeludupan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 4:01 PM
Khazali (baju putih) menunjukkan rokok yang dirampas KDRM. FOTO Mohd Hasbi Sidek