Kereta dipandu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 11.1 Lebuhraya DUKE, 8.40 pagi tadi. FOTO ihsan APM
Kereta dipandu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 11.1 Lebuhraya DUKE, 8.40 pagi tadi. FOTO ihsan APM
Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Lelaki cedera selepas kereta dipandu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini, jam 8.40 pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian.

Katanya, seramai empat anggota dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Dang Wangi dikerahkan ke lokasi bagi memberikan bantuan awal.

"Apabila anggota tiba dilokasi didapati kereta Produa Myvi terbabas merempuh penghadang jalan.

"Mangsa seorang lelaki berusia 20-an cedera di bahagian muka diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Difahamkan sewaktu kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan kenderaan dipandu terbabas akibat mengantuk," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan beekenaan diserahkan pada polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 2:24 PM