RAKAMAN video menunjukkan kanak-kanak itu merayu dilepaskan. - Agensi
RAKAMAN video menunjukkan kanak-kanak itu merayu dilepaskan. - Agensi

Tokyo: Seorang budak lelaki dikurung di dalam sangkar oleh kumpulan dipercayai pembuli selepas mereka mencuri telefon bimbitnya dalam rakaman yang menjadi viral di Jepun.

Kanak-kanak itu dilihat sukar bergerak di dalam sangkar diperbuat daripada konkrit dan keluli itu serta merayu kepada sekumpulan budak lelaki supaya melepaskannya.

Namun kumpulan berkenaan cuma gelak dan mengejeknya sambil mengugut mengurungnya sepanjang malam.

“Jangan bimbang, kami akan memastikan kamu makan,” kata mereka.

Rakaman kejadian di Sekolah Tinggi Hanamaki Minami, wilayah Iwate itu tersebar di Internet menyebabakan pihak berkuasa pendidikan - yang pada awalnya memandang remeh kejadian itu terpaksa mengambil tindakan.

Pihak berkuasa sekolah itu mendakwa budak lelaki terbabit tidak dikurung dan boleh melarikan diri bila-bila masa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:30 AM