KEADAAN sekitar Kampung Lumantak.
Ardyhansah Amat


Membakut: Lima puluh empat penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pejabat Daerah Kecil Membakut di sini sehingga 7 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air.

Timbalan Pegawai Daerah Beaufort, Sanudin Ismail berkata, ia menunjukkan peningkatan 23 orang berbanding 31 mangsa banjir sehingga 5 petang semalam.

Jumlah itu membabitkan 17 keluarga dari empat kampung, katanya.

"Jumlah itu membabitkan empat kampung yang mana mangsa dari Kampung Baitam paling ramai dipindahkan iaitu 24 orang, diikuti Lumantak seramai 13 orang, sembilan penduduk Kayai dan lapan orang dari Jambatan Batu.

"Secara keseluruhan, 14 lelaki, 17 wanita dan 23 kanak-kanak ditempatkan di PPS," katanya.

Bagaimanapun, tambah beliau, semua mangsa mungkin akan dibenarkan pulang ke kediaman hari ini berikutankeadaan cuaca yang baik dan banjir mula surut hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 9:21 AM