X

Boleh saya tahu mengenai penggunaan belacak untuk urutan? Adakah ia sesuatu yang boleh diamalkan?

Untuk pengetahuan doktor, zakar saya sihat dan tiada masalah. Cuma, saya mahu tahu jika kita mengamalkan urutan sendiri (dengan cara yang diajar)menggunakan minyak belacak ini, adakah akan memudaratkan zakar dalam jangka masa panjang?

Sebelum ini saya mendengar ramai berkata minyak belacak bagus diamalkan untuk kesihatan zakar bagi jangka masa panjang. Adakah ia benar?

ZUL

Setiu, Terengganu

Amalan mengurut zakar dengan minyak yang diproses dari binatang yang berbentuk macam zakar seperti ular, belut, ikan linang atau binatang yang boleh mengembang seperti ikan belacak, dhab dan lintah bukan saja amalan kuno rantau Asia, malah di Amerika Selatan.

Yang pasti, amalan urutan kepala zakar tanpa menggunakan apa-apa minyak atau losyen dapat membantu menyegarkan zakar yang mengandungi banyak urat saraf serta pembuluh darah.

Jadi, penggunaan produk itu hanya amalan yang membazirkan duit selain menyebabkan binatang itu pupus.

Jika kebetulan bahan digunakan itu bertoksik atau beracun, tentu zakar anda akan bermasalah pula. Masalah ini seperti kulit menjadi gelap atau mengelupas selain terkena kurap.

Jika anda nak belai zakar bagi menyegarkannya, gunakan krim mengandungi ramuan dari tumbuhan yang dikenal pasti dapat membantu menyegarkan tisu dalaman dan memantapkan otot pengembang selain melancarkan pembuluh darah.

Menggunakan krim atau minyak mengarut yang boleh merosakkan kulit atau alahan kepada tisu dalaman bukan cara bijak untuk menjaga kesejahteraan zakar.

Krim atau minyak perapi untuk anggota sulit lelaki perlu dari ramuan selamat bagi menyegarkan tisu zakar dan membantu memantapkan fungsi zakar.

Untuk kepastian, produk itu perlu menjalani ujian klinikal dan mendapat kelulusan pihak bertanggungjawab. Hanya selepas ujian klinikal dan kelulusan, baru ia boleh dipercayai dan digunakan tanpa was-was.

Saya syorkan anda dan mana-mana pengamal krim atau minyak mengarut yang mengandungi belacak, dhab, ikan linang dan lintah supaya menghentikannya. Ia amalan sia-sia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:02 AM
Kabinet Malaysia 2020