AFP

Manchester, England: Di luar padang Sergio Aguero (gambar) dan Lionel Messi tidak pernah menghadapi masalah, namun dalam aksi Liga Juara-Juara, penyerang Manchester City itu terus dibayangi bintang handalan Barcelona itu.

Aguero digugurkan bagi perlawanan City di Barcelona pada 19 Oktober lalu dan sebaik Messi diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79 dia membantu pasukannya untuk menang 4-0 dengan hatrik ke-37 peribadinya.

Aguero akan diturunkan apabila Barcelona mengunjungi Stadium Etihad awal pagi esok, selepas menjaringkan dua gol sebelum pasukannya menang 4-0 di West Bromwich Albion, Sabtu lalu namun Pep Guardiola tetap dengan pandangannya sendiri.

“Dia menjadi sebahagian daripada kejayaan di kelab ini, mungkin selama-lamanya tapi saya berminat mahu membantunya,” katanya yang menikmati kejayaan mengagumkan bersama Messi di Barcelona dari 2008 hingga 2012.

“Dia masih mampu mencatat kejayaan sepanjang kariernya di kelab ini. Sudah tentu dia antara yang terbaik tapi saya mahu membantunya menjadi lebih baik.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 6:48 AM