Caroline

Lanark (Scotland): Seorang wanita memukul suaminya dengan tangga selepas mendapati lelaki itu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Caroline Boyd, 41, mengaku memukul kepala suaminya, Stephen, 44, sebelum menyerangnya dengan tangga dalam kejadian di rumah mereka Julai lalu.

Dia mengaku demikian ketika dibicarakan di Mahkamah Syerif Lanark.

Dalam keterangannya, Caroline berkata, dia begitu kecewa dan marah apabila mendapat tahu Stephen ada kekasih lain.

Pendakwa raya, Lynne McFaud memberitahu mahkamah: “Dia memukul kepala suaminya. Ketika lelaki itu cuba melarikan diri keluar rumah, tertuduh mengambil tangga dan memukul lagi kepala mangsa.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 8:23 AM