JANAKUASA GEL.
JANAKUASA GEL.

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memuktamadkan pengambilalihan 30 peratus pegangan saham syarikat jana kuasa India, GMR Energy Ltd (GEL) dengan nilai RM1.2 bilion (ASD300 juta) selepas satu perjanjian dilaksanakan pada 9 Mei lalu.

Pelaburan strategik dilaksanakan TNB menerusi anak syarikatnya, Power and Energy International (Mauritius) Ltd (“PEIM”) yang mana ia mampu mengembangkan kemasukan TNB ke India. Sektor jana kuasa di negara itu kini mendapat permintaan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) enam hingga tujuh peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengambilalihan itu mengukuhkan pelaburan strategik TNB dalam GEL yang mempunyai lima portfolio aset tenaga yang beroperasi di India iaitu arang batu, gas dan tenaga boleh diperbaharui dengan gabungan kapasiti 4,630MW.

Beliau berkata, tambahan terdapat aset jana kuasanya yang ketika ini dalam proses pembinaan di India dan Nepal dengan kapasiti gabungan kedua-duanya sebanyak 2,300MW.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 9:31 AM