IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Stor dan rumah yang menempatkan pekerja di Kuil Kek Lok Si musnah dalam kebakaran di Jalan Air Itam,di sini, hari ini.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan premis stor dan rumah pekerja, dalam kejadian 2.30 petang.


IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Syukur @ Ilhami Musa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.35 petang.

Beliau berkata, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama empat jentera bomba dari Balai Bomba Paya Terubong dan Jalan Perak tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kebakaran membabitkan rumah pekerja dan stor.


IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

Katanya, kerja memadamkan api dibantu Bomba Sukarela Bukit Bendera dan Perak Lane.

"Kebakaran dapat dikawal pada kira-kira 3 petang dan padam sepenuhnya pada 3.40 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat dan tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 5:11 PM