Skip this ad x
ALVIN Chong. FOTO Munira Abd Ghani


Siapa sangka pendatang baru dalam dunia lakonan, Alvin Chong meraih populariti dalam sekelip mata.

Kelibat anak jati Pulau Pinang ini mula mencuri perhatian selepas membintangi drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot yang tamat minggu lalu.

Menerusi drama itu, Alvin membawakan watak rakan sekerja dan teman baik kepada karakter utama lakonan Fattah Amin.

Menurut Alvin, dia beruntung kerana diberikan kepercayaan oleh Ketua Saluran Melayu Astro Raqim Ahmad dan pengarah, Michael Ang untuk menjayakan drama yang menjadi kegilaan penonton itu.

Buktinya sejak drama itu ditayangkan di Astro Ria, Alvin semakin mendapat perhatian peminat dan meraih populariti secara mendadak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 7:53 AM