AZIZ mula menyanyi sejak usia tiga tahun.
Oleh Norhayati Nordin

Jika mendengar vokalnya, sukar untuk percaya penyanyi Aziz Harun baru berusia 16 tahun. Apatah lagi, tatkala berbicara dengan penyanyi dari Brunei Darussalam ini, dia dilihat cukup matang.

Meskipun Aziz anak bongsu daripada enam beradik, tetapi remaja ini nyata seorang yang pandai berdikari, malah sejak berusia tiga tahun, Aziz sudah menceburi bidang seni.

Bersua dengannya pada sesi fotografi diatur, Aziz yang popular dengan lagu Senyum mengakui dia sudah bersedia mencipta nama di Malaysia. Apatah lagi, katanya, lagu berkenaan diterima baik peminat.

"Saya dapat ilham mencipta lagu Senyum ini berdasarkan pengalaman sendiri. Saya suka senyum pada orang tetapi sayangnya senyuman diberi tidak berbalas.

"Jadi, saya kongsikan ia dalam lagu dan syukur single Senyum dihasilkan mendapat sambutan yang baik. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada abang Faizal Tahir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:00 AM