MESSI (kiri) meraikan jaringan bersama Suarez . FOTO Reuters
MESSI (kiri) meraikan jaringan bersama Suarez . FOTO Reuters
AFP

Madrid: Lionel Messi, dengan jaringan ke-500 buat Barcelona serta Luis Suarez menyelamatkan juara Sepanyol itu daripada diaibkan buat kali kedua dalam tempoh enam hari apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sevilla 2-1, awal pagi semalam.

Kemenangan itu meletakkan Barca hanya dua mata di belakang Real Madrid, yang menang 3-0 ke atas Leganes menerusi dua jaringan Gareth Bale.

Madrid turut mengumumkan Cristiano Ronaldo akan melanjutkan kontraknya dengan juara Eropah itu hingga 2021.

Messi memberi inspirasi mencetus kebangkitan Barca selepas tewas 1-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu selepas Sevilla mendominasi babak pertama.

“Tiada pemain sepertinya dan matlamat kami sebagai pasukan adalah mencari Leo sekerap mungkin,” kata pengurus Barca Luis Enrique.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 8:16 AM