MERASAI pengalaman baru apabila menggunakan buluh untuk memasak.
SEORANG penduduk kampung menunjuk ajar siswa cara memasak gulai petani.
TEKUN mendengar penerangan sambil mencatat cara penyediaan makanan tradisional Lenggong.

Seramai 38 siswa Fakulti Sains Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor teruja dengan masakan tradisional Lenggong menerusi program Pengembaraan Makanan dan Warisan Lenggong, Perak, baru-baru ini.

Program sehari itu memberi peluang kepada mereka mempelajari cara menyediakan masakan tradisional.

Antara jenis masakan tradisional ialah memasak nasi dalam buluh menggunakan daun lerek, asam pedas ayam, kerabu nangka, gulai petani, masak hitam dan gulai rebung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:01 AM