X
 Saiful Bahri menunjukkan minyak masak yang dirampas FOTO Adzlan Sidek
Saiful Bahri menunjukkan minyak masak yang dirampas FOTO Adzlan Sidek
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan merampas 26,000 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM59,800 di sebuah syarikat pembungkusan di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar 1, di sini, tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Saiful Bahri Abdul Kadir berkata, tindakan itu dibuat selepas pemilik premis melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974 yang menjalankan perniagaan barang kawalan tanpa lesen.

"Semakan mendapati syarikat ini sepatutnya beroperasi di Pusat Komersial Oakland, di sini. Mereka mengubah operasi di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar 1 tanpa memberitahu KPDNKK.

"Sehubungan itu, serbuan dijalankan dengan merampas 26,000 kg minyak masak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 6:08 PM