Hazira Ahmad Zaidi

 

Kota Bharu: Seorang pemuda berusia 30-an yang ingin dikenali sebagai Abam Peah akan menyumbangkan minyak petrol percuma kepada penunggang motosikal Khamis ini di Shell, Jalan Kebun Sultan, di sini.

Katanya, idea itu timbul selepas melihat keprihatinan dua individu yang sebelum ini sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untuk menyumbangkan minyak petrol percuma kepada penunggang motosikal.

"Jika sebelum ini negeri lain dapat melakukan perkara itu dalam usaha membantu meringankan beban, kini saya pula mengambil inisitaif membantu mereka yang memerlukan di Kelantan.

"Tidak rugi rezeki yang ada dikongsi bersama dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan kerana kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya.

Menurut Abam Peah, penunggang motosikal di bawah 110cc boleh datang mengisi minyak petrol secara percuma dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

"Jika mendapat sambutan yang baik, saya akan tambah beberapa jam lagi dan tidak mengehadkan bilangan motosikal pada hari itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 6:37 PM