Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Aktiviti ‘ulat’ parkir haram sekitar ibu kota bukan lagi dilakukan golongan kutu rayau atau penagih dadah, malah kini didalangi organisasi tersusun yang dilindungi kumpulan kongsi gelap.

Keadaan itu menyebabkan mereka ini semakin liar, malah sanggup bertindak ganas terhadap pemilik kenderaan yang mempersoalkan bayaran diminta.

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan kawasan tertentu sebagai parkir awam namun kumpulan ini tetap memaksa orang ramai membayar caj haram ditetapkan.

Bayaran dikenakan antara RM5 dan RM20 dikenakan terutama di sekitar Jalan Alor, Jalan Doraisamy, Changkat Tong Shin, Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Jalan Sultan dan Jalan Panggung, Sri Hartamas, Bangsar, Kampung Baru serta beberapa kawasan tumpuan lain.

Bertindak atas aduan dan rungutan orang ramai, Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) melancarkan Ops Khas Parkir Haram bermula kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 8:37 AM
KEGIATAN ulat parkir yang sempat dirakam sebelum serbuan dibuat polis. FOTO Muhd Zaaba Zakeria