Khwaja (kanan) ketika menjalankan pemeriksaan di Pasar Besar Bukit Mertajam tadi. FOTO Shamsul Munir Safini
Khwaja (kanan) ketika menjalankan pemeriksaan di Pasar Besar Bukit Mertajam tadi. FOTO Shamsul Munir Safini
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Seramai 16 warga asing termasuk seorang wanita dicekup Jabatan Imigresen dalam serbuan di Pasar Besar Bukit Mertajam, di sini, jam 10 pagi tadi.

Dalam serbuan itu, semua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan ketika bekerja di pasar berkenaan.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen (JIM) Seberang Jaya, Khwaja Banthey Navaz berkata, serbuan dibuat susulan aduan orang ramai.

Beliau berkata, PATI yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki Myanmar, masing-masing seorang lelaki dan wanita Indonesia serta dua lelaki Bangladesh.

Katanya, mereka dibawa ke Ibu Pejabat JIM Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 11:21 AM