RAJA Shamri memujuk Abdullah berpindah ke kediaman lebih selesa.
RAJA Shamri memujuk Abdullah berpindah ke kediaman lebih selesa.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Sebuah rumah yang selesa akan dibina badan bukan kerajaan (NGO) The Third Force dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdekatan jambatan Kampung Sungai Durian, Bukit Abal, dekat Pasir Puteh.

Pengasas The Third Force, Raja Shamri Raja Husin berkata, UMK menyatakan persetujuan bekerjasama dengan pihaknya membina rumah baru kepada warga emas, Abdullah Mat Jusoh,78.

“Rumah anggaran kos RM20,000 dibina dalam masa terdekat selepas saya bersama UMK mengadakan mesyuarat (kelmarin).

“Fakulti Senibina UMK mereka bentuk rumah Pak Lah dan menyediakan tenaga kerja,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada UMK kerana bersetuju menjalin kerjasama untuk memberi kemudahan kepada warga emas itu berteduh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 8:03 AM