Rumah di Batu 2, Jalan Apas, yang terbakar, pagi tadi. FOTONorasikin Daineh
Norasikin Daineh

Tawau: Tiga rumah di Batu 2, Jalan Apas, di sini, musnah terbakar pada 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.50 pagi dan seramai 16 anggota bomba bersama empat jentera ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan tiga rumah jenis kayu namun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini.

"Operasi memadamkan kebakaran sukar disebabkan lokasi kejadian tiada pili bomba dan keadaan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan pantas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Faisal berkata, api berjaya dikawal pada 12.22 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 1:47 PM