TIGA tertuduh bersama peguam bergambar di luar mahkamah sebaik mereka dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan bunuh. FOTO L Manimaran
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Tiga lelaki terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebas dan melepaskan mereka daripada tuduhan membunuh seorang pemilik kedai perabot empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

Ketiga-tiga mereka, Tee Chih Wei, 30, yang sebelum ini bejerja sebagai mekanik,Izwan Mohamad, 32, dan Kasful Anuar Ghazali29, yang juga bekas pemandu dan kelindan lori, sebelum ini dituduh dengan niat bersama membunuh Ong Chee Leong, 58 pada 8 Julai 2012.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada pada jam 10.45 pagi,di Fong Soon Furniture Trading, Jalan Tupai, Taiping mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffry Ong dengan tertuduh pertama, diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah dan Mohd Ruzaimi Zulkifli.

Tertuduh kedua pula diwakili peguam V Santhiran manakala tertuduh ketiga diwakili Ranjit Singh Sandhu.

Ketiga-tiga tertuduh kelihatan menanggis gembira sebaik keputusan dibacakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 11:46 AM