Anggota bomba dan pasukan SAR melakukan operasi menjejaki mangsa. FOTO Ihsan pembaca
Anggota bomba dan pasukan SAR melakukan operasi menjejaki mangsa. FOTO Ihsan pembaca
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang lelaki Orang Asli dilaporkan hilang selepas memasuki hutan Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, di sini, untuk mencari petai sejak empat hari lalu.

Alan Aloh, 63, dari Kampung Orang Asli Jalan Kolam Air masuk ke kawasan hutan itu Selasa lalu dan tidak pulang hingga ke hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi semalam sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Anggota bomba dan pasukan SAR lain melakukan pencarian sejauh dua kilometer namun tidak menemui sebarang petunjuk.

"Operasi ditangguhkan jam 5 petang semalam kerana hujan lebat dan disambung semula jam 9 pagi ini," katanya.

Menurutnya, operasi hari ini dibantu Unit Anjing Pengesan K9.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 11:51 AM