Antara dadah yang ditemui.FOTO ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini

Bukit Mertajam: Dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 19 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati selepas diberkas bersama dadah jenis heroin lebih 15.25 gram(g) di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan pada 10 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok menahan kedua-mereka yang ketika itu menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan pada suspek pertama, pihaknya menemui dua bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 15.25(g).

"Pemeriksaan pada suspek kedua menemui satu beg biru yang didalamnya mengandungi bungkusan plastik lutsinar serta lapan straw disyaki dadah jenis heroin yang masih belum diketahui beratnya.

"Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B,Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 2:16 PM