Siti Fatimah Mohamed Anwar


Georgetown: Jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendera anak perempuan teman wanitanya berusia lapan tahun, minggu lalu.

Tertuduh Lee Wei Thye, 36, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan , Wei Thye dituduh mendedahkan kanak-kanak itu kepada kecederaan fizikal dengan memukul tangan dan badan mangsa menggunakan pembaris kayu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Gambir 1, Gambir Height di Glugor di sini, pada jam 8 malam pada 5 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussainmanakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 4:49 PM