Senarai suspek yang dikehendaki. FOTO Ihsan ESSCOM
Senarai suspek yang dikehendaki. FOTO Ihsan ESSCOM
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terbaru 23 suspek yang dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Sabah.

Difahamkan, seorang daripada senarai itu dikenali sebagai Salvodor [email protected] dilaporkan sudah meninggal dunia dalam operasi ketenteraan pasukan keselamatan Filipina di Pulau Siasi, selatan Filipina, September lalu.

Manakala adiknya Khadafy sudah ditangkap pasukan keselamatan Filipina tahun lalu di Kepulauan Jolo.

Komander ESSCOM Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid berkata, semua suspek dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di negeri ini.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta supaya menghubungi pusat operasi ESSCOM di talian 089-863181," katanya.

Kumpulan Muktadil Bersaudara aktif mendalangi beberapa kes penculikan di pantai timur Sabah dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 5:31 PM