Layar gergasi memaparkan jumlah jualan Alibaba dari semasa ke semasa ketika festival di Shenzhen, China.
AFP

Beijing: Pembeli di China membelanjakan lebih AS$1 bilion (RM4.4 bilion) dalam tempoh lima minit pertama Singles Day, hari ini, hari yang dinamakan sempena pengulangan digit 1 dalam tarikh 11 November, direka Alibaba pada 2009.

Selepas tengah hari, jumlah dagangan kasar diperoleh syarikat itu ialah 82.4 bilion yuan (RM53.4 bilion) menghampiri jumlah tahun lal, mengatasi jumlah pada 6.54 pagi 2014.

Alibaba dan saingan e-dagang, gergasi JD.com, yang memberi tumpuan kepada barangan elektrik turut menerima banyak tempahan pada 9.14 pagi berbanding Singles Day pada 2014.

Menurut Adobe Digital Index, jumlah jualan dalam talian di Amerika Syarikat bagi tempoh lima hari menjelang Hari Kesyukuran tahun lalu, berjumlah $11.1 bilion (RM48.45 bilion)

Tahun ini, Alibaba memulakan acara Singles Day di selatan bandar Shenzhen malam tadi, dengan menjemput bintang bola keranjang Kobe Bryant dan kumpulan pop rock OneRepublic.

Penyanyi Katy Perry pada asalnya turut dijadualkan mengadakan persembahan dibatalkan pada saat-saat akhir kerana masalah keluarga.

Penganalisis berkata, acara itu yang mendapat banyak daya tarikan sejak beberapa tahu kebelakangan ini adalah kunci kepada Alibaba.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 November 2016 @ 6:25 PM