Nanchang, China: Seorang pemandu lori hanya mampu menangis apabila muatan buah limau yang dibawanya dicuri orang ramai selepas kenderaannya terbalik di sebuah lebuh raya di sini baru-baru ini.
Ketika kejadian pemandu lori itu yang membawa muatan buah limau dalam perjalanan dari wilayah Hunan menuju ke wilayah Jiangxi.
Bagaimanapun, ketika melalui lebuh raya dekat sini lori yang dipandu lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan terbalik.
Kejadian itu menyebabkan pengguna jalan raya dan penduduk di kampung berhampiran segera bergegas ke lokasi kemalangan.
Malangnya, mereka bukannya mahu membantu pemandu lori itu tetapi sebaliknya berebut-rebut mencuri buah limau yang bertaburan di atas jalan raya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.