WAJAH 23 individu yang dikehendaki kerana jenayah di perairan Sabah.
WAJAH 23 individu yang dikehendaki kerana jenayah di perairan Sabah.
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Polis tidak teragak-agak ambil tindakan ke atas mereka yang cuba melindungi 23 individu dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya sedang mengawasi pihak yang mempunyai hubungan dengan individu dikehendaki itu.

“KDN KDN mengalu-alukan tindakan daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang menyiarkan senarai 23 orang disyaki itu.

“Mereka ini sudah dipantau sekian lama dan mempunyai hubungan dengan penjenayah atau pengganas yang terbabit dalam operasi untuk menawan Lahad Datu beberapa tahun lalu.

"Kita juga mengawasi pihak terbabit langsung dengan mereka...kita akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis Pelepasan Program 'Johor Future Run' DUN Pengkalan Rinting 2016 di Angsana Mall Johor Bahru, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada individu yang melindungi mereka.

Semalam, ESSCOM mengeluarkan senarai terbaru 23 suspek yang dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah rentas sempadan di perairan Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 11:06 AM