FOTO Lan Lano
Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu: Dua wartawan dan seorang jurugambar NSTP (M) Bhd menerima hadiah sempena Anugerah Media Pembinaan Peringkat Negeri Sabah, di sini, malam tadi.

Wartawan Harian Metro, Ardyhansah Amat memenangi tempat kedua Kategori Media Cetak dengan tajuk laporan Pan Borneo Siap 2021.

Beliau membawa pulang hadiah RM3,000, trofi dan sijil.

Wartawan New Straits Times Olivia Jessica Peter pula di tempat ketiga bagi kategori sama dan membawa pulang RM2,000, trofi dan sijil.

Tempat pertama bagi kategori itu dimenangi wartawan Daily Express, G Sardhatisa dan Mary Chin menerusi laporan ‘Building A Future In Construction’.

Mereka berjaya membawa pulang RM5,000, trofi dan sijil.

Selain itu, jurugambar NSTP Malai Rosmah Tuah memenangi saguhati bagi Kategori Fotografi dan berjaya membawa pulang RM500 dan sijil.

Semua hadiah disampaikan Menteri Kerja Raya Malaysia (KKR) Datuk Seri Fadilah Yusof sempena Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Turut hadir Timbalan Menteri KKR, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 1:42 AM