ANGGOTA polis membuat pemeriksaan di satu daripada tiga premis huburan yang diserbu awal pagi tadi.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Seramai 20 pengawal kelab malam dan 14 wanita warga asing dipercayai pelacur, ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Kuala Lumpur di tiga premis hiburan sekitar pusat bandaraya awal pagi tadi.

Dalam operasi yang bermula jam 12.15 pagi dan tamat pada 6 pagi, seramai 248 pengunjung termasuk 78 wanita diperiksa dengan diketuai Asisten Superintendan Zahirudin Baharum.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mat Isa berkata, hasil pemeriksaan itu, seramai 20 pengawal kelab malam dan 14 wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan di tiga premis hiburan sekitar pusat bandaraya.

Katanya, pihaknya turut menemui enam pengunjung bawah umur, termasuk lima remaja perempuan, dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Dooraisamy.

"Tiga pusat hiburan yang masing-masing terletak di Jalan Doraisamy dan Jalan Metro Pudu menjadi tumpuan remaja bawah umur berhibur pada malam minggu selain pelayan wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pengunjung premis hiburan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 11:43 AM