X
SEORANG penduduk bersama bayinya di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar, semalam.
SEORANG penduduk bersama bayinya di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar, semalam.
Ayusliza Azizan


Kapar: “Walaupun rumah belum dinaiki air, saya perlu berpindah kerana nyawa dan keselamatan keluarga lebih utama,” kata penduduk Kampung Tok Muda di sini, Siti Ruzila Kasdar, 46.

Suri rumah terbabit antara 123 penduduk kampung berkenaan yang berpindah ke pusat pemindahan mangsa fenomena air pasang besar di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda di sini, semalam.

Dia yang berpindah sejak jam 3 petang kelmarin memberitahu keluarganya melakukan persediaan lebih awal bagi menghadapi fenomena itu yang diramal berlaku sehingga Jumaat ini.

“Dalam kejadian pertama September lalu, kami tidak diberikan amaran dan tidak sempat menyelamatkan perkakas elektrik. Kini, kami segera berpindah selepas menerima arahan pihak berkuasa apatah lagi rumah berdekatan benteng.

“Selain mempunyai anak orang kurang upaya (OKU), saya bimbang kerana anak sulung menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 8:06 AM