ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital. FOTO Zulaikha Zainuzman
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat enam Pangsapuri Ocean View, Persiaran Karpal Singh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mayat lelaki tanpa identiti terbabit ditemui terbaring berhampiran tempat letak motosikal pangsapuri berkenaan.

Sumber berkata, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan mangsa dipercayai berusia lingkungan 50-an.

"Mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan seluruh badan.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 3:12 PM