Nur Airien Najwa hilang.
Nur Airien Najwa hilang.
Mohd Fadly Samsudin


 

Kuala Lumpur: "Anak saya dikatakan keluar ke kedai runcit tengah malam Sabtu lalu dan selepas empat hari saya sekeluarga buntu kerana dia masih belum pulang ke rumah," kata Mohd Fairuz Nizam Kassim, 36.

Menurutnya, anak perempuannya Nur Airien Najwa, 11, adalah murid darjah lima di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dilaporkan keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Baru Sentul bersama seorang lagi rakannya.

"Ketika kejadian, saya tiada di rumah namun isteri memaklumkan anak perempuan saya ini ada minta izin untuk keluar ke kedai jam 12.40 tengah malam.

"Apabila saya balik pada awal pagi Sabtu, anak saya ini masih belum pulang ke rumah. Lebih merisaukan kami sekeluarga anak saya ini tidak mempunyai telefon dan memang sukar untuk mengesannya,"katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Dia berkata, ada rakan anaknya memberitahu terlihat Nur Airien berada di kawasan Taman Tasik Titiwangsa namun selepas pergi ke sana dia gagal ditemui.

"Sejak hari kejadian, kami sekeluarga bertungkus lumus mencarinya di sekitar kawasan perumahan di Sentul selain turut pergi ke rumah kawan-kawannya namun mereka memberitahu tidak ada berjumpa dengan Nur Airien.

"Selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya gagal selain bimbang keselamatan diri Nur Airien, kami membuat laporan di Balai Polis Sentul," katanya.

Mohd Fairuz Nizam berkata, kali terakhir anaknya memakai baju dan seluar berwarna hitam selain mengenakan cekak di kepala.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Nur Airien boleh menghubungi Mohd Fairuz Nizam di talian 011-37611367 atau ibu mangsa, Diana (01137551409).

  

 

caption: 

Pix 1: NUR Airien Najwa Mohd Fairuz Nizam, 11 tahun dilaporkan hilang sejak tengah malam Sabtu lalu.

ends

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 11:28 PM