Mangsa dibantu orang ramai selepas kereta dipandu di hempap batu yang jatuh dari bangunan berhampiran. FOTO ihsan bomba
Mangsa dibantu orang ramai selepas kereta dipandu di hempap batu yang jatuh dari bangunan berhampiran. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Subang Jaya: Lelaki, 52, cedera selepas kereta dipandunya dihempap serpihan siling lepa yang jatuh dari bangunan dalam pembinaan berhampiran pasar raya di USJ, di sini, jam 3.30 petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.40 petang dan mengerakkan enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati lelaki itu tersepit di tempat duduk pemandu sebelum anggota membantu mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Wira dipandunya.

"Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang memandu ke kawasan tempat letak kereta berhampiran tapak pembinaan di pasar raya berkenaan sebelum serpihan siling lepa itu menghempap bumbung keretanya," katanya.

Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 11:59 PM