IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Muhamad Izzat Nasuruden


Taiping: Budak lelaki lapan tahun tersangkut kaki kiri dalam lubang tandas lebih sejam di kediamannya di Taman Desa Murni, Kamunting.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa.

Katanya, anggota bomba mendapati kaki kiri Adam Fahizi Mohd Husni tersangkut di lubang tandas apabila tiba di lokasi, pada 7.41 petang.

"Anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk memecahkan mangkuk tandas itu bagi membolehkan kaki mangsa dikeluarkan.

"Adam cedera di kaki kiri kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi pada kira-kira 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 9:27 AM