FOTO ihsan bomba
Nurul Fatihah Sulaini


Permaisuri: Penoreh getah maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 64 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan sebuah Proton Wira, Toyota Hilux dan Toyota Wish.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, penoreh getah itu yang memandu Proton Wira, Zulkpeli Yunus, 53, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Isa, 18, parah.

"Empat lagi mangsa cedera termasuk pemandu Hilux, pemandu dan penumpang Toyota Wish manakala penumpang Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan," katanya.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Zulkpeli dari arah Terengganu terbabas masuk ke laluan bertentangan bertembung dengan Toyota Hilux dan hasil pelanggaran itu, Toyota Hilux berpusing sebelum dirempuh Toyota Wish yang datang dari arah Kuala Terengganu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 5:23 PM