KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Seorang lelaki patah paha kanan apabila motosikal yang ditunggang merempuh kereta Perodua Myvi di Jalan Siakap berhampiran Ladang Soon Lee di sini, jam 2.30 petang tadi.

Mangsa berusia 21 tahun yang menunggang motosikal Modenas Dinamik mengalami kecederaan itu selepas merempuh kereta yang dikatakan membuat pusingan U di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa berasal dari Parit Haji Aman 2, dekat sini dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Bagan Serai.

"Mangsa dibawa ke hospital Parit Buntar oleh ambulan untuk rawatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian, namun masih belum menerima sebarang laporan polis dari mangsa dan pemandu kenderaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 5:24 PM