Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Lelaki 27 tahun diberkas polis kurang 24 jam selepas dia menyamun kedai runcit di Jalan Stesen, di sini.

Lelaki itu berkenaan bersama rakannya yang menaiki Myvi melakukan samun di kedai runcit dan mengugut mencederakan pekerja kedai dengan parang, pada 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata penyamun letak parah di leher penjaga kedai perempuan berusia 27 tahun.

Beliau berkata, suspek kemudian mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya melawan sebelum meragut rantai leher bernilai RM4,500 dan mengambil RM6,500 tunai dari dalam laci.

Mangsa sempat mengecam nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek sebelum membuat laporan polis sejurus kejadian.

"Polis yang menerima laporan kemudian mengesan suspek lelaki berkenaan di Taman Sembilang, Seberang Jaya, pada 4.30 petang,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui semula RM393 tunai daripada suspek dan parang.

Katanya, suspek akan direman bagi tujuan siasatan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Sksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 10:45 AM