KOS haji kekal RM9,980 untuk musim haji depan. FOTO arkib NSTP
KOS haji kekal RM9,980 untuk musim haji depan. FOTO arkib NSTP
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Tabung Haji (TH) akan meneruskan pemberian subsidi kepada jemaah musim haji depan dan ia kekal pada RM9,980 seorang.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keputusan mengekalkan kos subsidi dibuat untuk tidak membebankan bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat itu musim akan datang.

Menurutnya, TH menanggung kos haji lebih RM160 juta manakala kos sebenar adalah RM18,890 untuk setiap jemaah.

“Ini adalah tanggungjawab sosial korporat terbesar TH sekali gus membolehkan jemaah haji muassasah menikmati kemudahan disediakan sepanjang menjalani ibadat itu.

“Kita harap semua pendeposit terus memberi kepercayaan kepada TH dan tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas,” katanya.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 12:42 PM