MOURINHO (kiri) dan Wenger. FOTO AFP
MOURINHO (kiri) dan Wenger. FOTO AFP
AFP

London: Episod baru percakaran dua pengurus terkemuka Liga Perdana akan dicatat malam ini apabila Arsene Wenger membawa anak buahnya ke Old Trafford untuk bertemu Manchester United yang dibimbing Jose Mourinho.

Perbalahan menjadi sesuatu yang biasa setiap kali kedua-dua pengurus itu bertemu terutama ketika Mourinho membimbing Chelsea sebelum ini.

Wenger tidak pernah mengalahkan Mourinho pada kempen Liga Perdana dan beliau dilabel sebagai ‘pakar kegagalan’ oleh jurulatih Portugal itu tetapi dengan kedudukan Arsenal yang jauh lebih baik berbanding United, Wenger pasti memiliki kelebihan malam ini.

“Kami bukannya tidak pernah menang,” kata Wenger ketika ditanya rekod pertemuannya dengan Mourinho.

“Kami pernah menewaskan mereka dan banyak juga keputusan seri. Saya rasa belum ada pengurus yang tidak pernah saya tewaskan sepanjang 20 tahun saya bergelar jurulatih dan saya tidak akan menjadikan perlawanan ini sebagai perbalahan antara dua pengurus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 6:06 AM