ANGGOTA polis menahan suspek di Terminal Bersepadu Selatan, malam kelmarin.
Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Seorang pembancuh air warga Myanmar yang menikam mati rakannya 34 kali dikesan cuba melarikan diri ke Johor Bahru dengan menaiki bas ekspres.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan polis di Terminal Bersepadu Selatan, Sungai Besi, jam 7 malam kelmarin, ketika cuba melarikan diri selepas membunuh rakan senegaranya di Kota Damansara, Rabu lalu.

Suspek ditahan bersama seorang wanita didakwa isterinya ketika menunggu bas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby berkata, suspek ditahan susulan kes bunuh lelaki warga Myanmar.

Katanya, siasatan mendapati punca pergaduhan menyebabkan suspek menikam mangsa akibat perselisihan ketika bermain bola sepak pada petang kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 6:15 AM