PENDUDUK melihat kereta yang remuk ditimpa tanah runtuh di kawasan letak kereta di Taman Bukit Cheras, Cheras. FOTO BERNAMA
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Hujan lebat dipercayai menjadi punca runtuhan tanah seberat lebih tiga tan yang menghempap serta menimbus tiga kereta milik penduduk di Taman Bukit Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 3.20 pagi semalam, tanah merah bercampur selut itu menggelongsor jatuh dari puncak bukit setinggi lebih 100 meter ke arah deretan kenderaan penghuni pangsapuri berhampiran.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 40, berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku ketika rata-rata penghuni lena tidur.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut dengan bunyi dentuman kuat disusuli gegaran yang boleh dirasai hingga ke bilik tidurnya.

“Sejurus melihat ke tingkat bawah rumah, saya dan penduduk lain terkejut apabila mendapati sebuah kereta penduduk ditimbus tanah runtuh.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 6:14 AM