PROGRAM ‘Journey To Jannah’: Santuni Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli, Ulu Kuang. FOTO Halim Salleh
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Mengambil iktibar serta mengagumi keperibadian khalifah kedua dalam Khulafa Ar-Rasyidin, Saidina Umar Al-Khattab.

Itu yang dilakukan seorang Orang Asli dalam memilih nama Islamnya selepas melafazkan dua kalimah syahadah.

Lelaki berusia 65 tahun itu memilih nama khalifah kedua berkenaan kerana kagum dengan kepemimpinan serta ketaatannya sehingga dipilih menjadi salah seorang sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW.

Prem Musi atau nama Islamnya Umar Abdullah berkata, dia sudah lama memikirkan untuk memeluk Islam kerana tertarik dengan agama berkenaan.

“Rumah saya tidak jauh dari surau di kampung ini (Kampung Orang Asli Kundang), saya suka mendengar bacaan al-Quran daripada ahli surau.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 6:15 AM