RONALDO (tengah) cuba dihalang pemain Atletico Gabi (dua dari kiri) ketika mahu menjaringkan gol.
RONALDO (tengah) cuba dihalang pemain Atletico Gabi (dua dari kiri) ketika mahu menjaringkan gol.
AFP

Madrid: Jaringan hatrik Cristiano Ronaldo memberikan Real Madrid kemenangan pertama ke atas Atletico Madrid dalam aksi La Liga dalam tempoh tiga tahun dengan kemenangan 3-0 pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di laman Atletico, Vicente Calderon.

Real kini mendahului Barcelona di tempat kedua dengan empat mata apabila skuad Catalunya itu menerima padah berikutan ketiadaan Lionel Messi dan Luis Suarez selepas seri 0-0 dengan Malaga yang beraksi dengan sembilan pemain.

Ronaldo menjaringkan penalti penentuan apabila Real mengatasi Atletico menerusi penalti pada final Liga Juara-Juara Mei lalu dan sekali lagi menjadi wira yang juga bergantung kepada tuah.

Jaringan pembukaan pemain Portugal itu adalah hasil lantunan bola yang melepasi Jan Oblak.

Ronaldo menggandakan jaringan pendahuluan Real dari penalti 19 minit sebelum tamat sebelum hantaran bijak Gareth Bale membantunya untuk penyudah mudah yang melengkapkan hatriknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 5:22 AM