MEGAT Yusof (dua dari kiri) menceritakan kisah hidupnya.
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang dahulunya bergelar mat dadah kini menjadi imam di sebuah surau di Petaling Jaya.

Perubahan hidup pemuda berusia 30-an ini bermula selepas dia ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira tujuh tahun lalu.

Lebih manis, pemuda itu turut dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Majlis Tilawah Al Quran, Hafazan, Pertandingan Nasyid, Berzanji dan Marhaban AADK Peringkat Kebangsaan 2016 yang berlangsung, kelmarin.

Pemuda itu yang mahu dikenali sebagai Megat Yusof berkata, kehidupannya berubah 360 darjah selepas dia ditahan AADK dalam satu serbuan di sekitar Selangor beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, saya akui saya seorang mat dadah. Saya terjebak dalam kancah penagihan ketika bekerja sebagai jurujual di ibu kota dan ketika itu, saya mula mengenali rakan-rakan yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 7:47 AM