GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah

Miri: Enam lelaki berusia 18 sehingga 28 tahun ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan menggunakan parang dan pisau di pekarangan hotel di Jalan Miri-Pujut di sini, tengah malam semalam.

Dalam kejadian 12.20 tengah malam itu, semua suspek ditahan ketika sepasukan anggota polis melakukan rondaan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan di hotel berkenaan.

"Semua suspek juga dipercayai dalam keadaan mabuk," katanya.

Kes akan disiasat mengikut 148 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 11:27 AM