Antara penunggang dan motosikal yang diperiksa. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Antara penunggang dan motosikal yang diperiksa. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah

Miri: Sebanyak 92 saman dikeluarkan membabitkan 158 kesalahan dalam Op Bersepadu Motosikal Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri di bandar raya ini semalam.

Operasi bermula jam 5 petang sehingga 12 tengah malam itu membabitkan tiga lokasi iaitu Marina Bay, Esplanade Luak Bay dan Grand Old Lady.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, 57 motosikal yang terbabit dalam pelbagai kesalahan turut disita.

Menurutnya, antara kesalahan utama adalahnombor pendaftaran dan ekzos yang tidak mengikut spesifikasi dan tidak dilindungi insuran.

"Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan lanjut,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 1:37 PM