KERATAN Harian Metro 9 September 1991 mengenai kemenangan RM1 juta oleh Samerin menerusi Kuiz More Jutaria. FOTO NSTP
Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: “Sekarang ini orang pun dah tak tahu (lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 48.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 25 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi Harian Metro semalam mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:57 AM