Tokyo: Jepun menarik balik amaran tsunama berikutan gempa yang melanda utara Jepun, pagi ini.

Awal pagi ini, Kerajaan Jepun arah penduduk di Fukushima berpindah berikutan gempa kuat 6.9 magnitud di luar pantai Fukushima, pada kira-kitra 6 pagi.

Agensi Meteorologi Jepun kemudian mengeluarkan amaran tsunami dengan ramalan ombak mencecah 3 meter (10 kaki) di Fukushima.

Sebelum itu, tsunami 90 sentimeter (3 kaki) direkodkan selepas sejam gempa berlaku.

Kerajaan meminta penduduk berpindah kerana khuatir gempa akan menjejaskan reaktor nuklear dan mungkin menyebabkan tragedi 2011 berulang.

Gempa pernah melanda kawasan sama pada 2011 dengan skala 9.0 magnitud sehingga mengorbankan 20,000 nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 10:27 AM