BARISAN pelayar bergambar dengan hadiah dimenangi.
BARISAN pelayar bergambar dengan hadiah dimenangi.
Oleh Azizan Hashim

Lumut: Pelayar negara Muhammad Dhiauddin Rozaini dan Nor Nabila Natahsa Mohd Nazri masing-masing meraih tiga gelaran pada Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan ke-31 berakhir di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA), KD Pelandok, Pangkalan TLDM, baru-baru ini.

Dhiauddin, 14, yang menduduki tempat keempat di Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan serta perak dan gangsa Sukan SEA Myanmar muncul juara optimis perseorangan, division dan maraton.

Manakala Nor Nabila yang turut bertanding di Incheon dan Myanmar juga memenangi tiga acara iaitu Marathon Optimis girl dan Overall.

Dalam acara Optimis division kelas A, Dhiauddin memenangi perlumbaan pertama, keempat dan keenam serta menduduki tempat kedua perumbaan ketiga dan kelima.

Manakala pelumba berasal dari Selangor itu menamatkan perlumbaan pertama dan kelapan di tempat ketiga.

Sementara Nor Nabila menang enam daripada lapan perlumbaan iaitu pusingan pertama, pertama, kedua, keempat,kelima keenam dan ketujuh serta menduduki tempat kedua perlumbaan ketiga dan kelapan.

Turut meraih kejayaan ialah pelayar Olimpik, Khairul NIzam Mohd Afendy yang memenangi acara Laser Standard.

Sementara itu Terengganu muncul juara acara berpasukan mengatasi Kedah dan Sabah.

Sebanyak 22 pasukan termasuk pasukan Perahu Layar Indonesia menyertai kejohanan anjuran Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dikelolakan oleh PLKA TLDM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 7:21 AM